Turki lancar operasi tangkap sekutu musuh Erdogan

Turki lancar operasi tangkap sekutu musuh Erdogan

ANKARA, 11 Dis (AFP) – Pihak berkuasa Turki hari ini melancarkan operasi baru untuk menangkap berpuluh suspek penting dalam siasatan besar-besaran ke atas kegiatan pengkhutbah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang merupakan musuh utama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Para pendakwa mengeluarkan sebanyak 65 waran tangkap, dengan serbuan dilakukan di Ankara, Izmir, dan beberapa bandar lain, lapor agensi berita rasmi Anatolia.

Hanya lima orang ditahan sejauh ini, dengan 43 suspek lagi dipercayai sudah melarikan diri keluar negara, tambahnya.

Anatolia mengatakan operasi itu ditujukan pada kepimpinan yang dipercayai kumpulan diketuai oleh Fethullah Gulen, bekas sekutu Erdogan yang presiden itu kini dituduh membentuk kerajaan selari dalam bidaan untuk menggulingkannya.

Di kalangan mereka yang disasarkan dengan waran tangkap itu adalah bekas ketua akhbar pro-Gulen Zaman, Ekrem Dumanli, ahli perniagaan Akin Ipek, serta ulama dan pensyarah universiti.

Ia adalah tidak jelas suspek mana yang pada masa ini dipercayai berada di luar negeri.