Turki lancar serbuan baru

Turki lancar serbuan baru

ISTANBUL, 18 Julai – Turki melancarkan serbuan baru hari ini dalam tindakan keras berterusan ke atas suspek-suspek dalang rampasan kuasa yang mengakibatkan lebih 300 orang terkorban, ketika sekutu-sekutu Barat memberi amaran ke atas sebarang langkah untuk mengenakan semula hukuman mati.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah berikrar untuk menghapuskan ‘virus’ pemberontakan kilat selepas menggagalkan bidaan rampasan kuasa oleh elemen-elemen daripada pihak tentera dalam apa yang mereka lihat sebagai pemerintahan kuku besi selama 13 tahun.

Namun Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah memberi amaran tegas ke atasnya berhubung hukuman berlebihan ketika pihak berkuasa mengumpulkan yang dipercayai pesalah percubaan rampasan kuasa pada Jumaat.

Canselor Jerman, jurucakap Angela Merkel mengutuk ‘peristiwa ragam pemberontakan dan balas dendam ke atas askar-askar di jalanan’ selepas kemunculan gambar-gambar membimbangkan mengenai layanan terhadap beberapa suspek yang ditahan.

Perdana Menteri Binali Yildirim berkata lebih 7,500 orang telah ditahan sejauh ini, termasuk 103 jeneral dan laksamana, dalam siasatan rampasan kuasa pada Jumaat yang Erdogan salahkan ke atas musuh ketatnya, pendakwah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Recep Tayyip Erdogan (tengah) dan bekas presiden Turki Abdullah Gul (kanan) berdoa semasa pengebumian mangsa-mangsa percubaan rampasan kuasa di Istanbul pada 17 Julai. – AFP
Recep Tayyip Erdogan (tengah) dan bekas presiden Turki Abdullah Gul (kanan) berdoa semasa pengebumian mangsa-mangsa percubaan rampasan kuasa di Istanbul pada 17 Julai. – AFP
Kaum wanita yang turut berada semasa pengebumian mangsa percubaan gagal rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai di Istanbul. – AFP
Kaum wanita yang turut berada semasa pengebumian mangsa percubaan gagal rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai di Istanbul. – AFP

Kementerian dalam negeri berkata hampir 9,000 polis, gabenor perbandaran dan para pegawai lain telah dipecat dalam penyingkiran besar-besaran itu.

Awal hari ini, unit polis anti-pengganas khas Istanbul telah menyerbu akademi tentera pasukan udara dan menahan empat suspek, lapor agensi berita Anadolu milik kerajaan.

Pihak berkuasa juga telah menahan Jeneral Mehmet Disli, yang menjalankan operasi untuk menangkap ketua turus Hulusi Akar semasa ketegangan itu, menurut pegawai.

Seramai 103 jeneral telah ditahan itu dituduh kerana mencabul perlembagaan dan percubaan untuk menggulingkan pihak berkuasa dengan kekerasan, serta apa yang pihak berkuasa gelar Organisasi Pengganas Fethullahci (FETO) yang diketuai oleh Gulen.

Erdogan juga menggesa semua rakyat untuk terus berhimpun di jalan raya walaupun selepas kegagalan rampasan kuasa, dalam apa yang pihak berkuasa gambarkan sebagai ‘berjaga-jaga’ demi demokrasi.

Beribu-ribu penyokong pro-Erdogan mengibarkan bendera Turki memenuhi Dataran Kizilay utama di Ankara, manakala adegan sama dilihat di Dataran Taksim di Istanbul.

Menurut Anadolu, tambahan 1,800 pegawai pasukan elit khas polis telah dimasukkan dari wilayah sekitarnya untuk memastikan keselamatan di Istanbul.

Seramai 11 askar yang disyaki terlibat dalam rampasan kuasa itu telah ditahan pada Ahad di lapangan terbang Sabiha Gokcen, Istanbul, dengan pihak berkuasa menembak tembakan amaran di udara, menurut seorang pegawai Turki. – AFP