Turki sedia kerah tentera ke Syria

Turki sedia kerah tentera ke Syria

ISTANBUL, 4 Mei (AFP) – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata bahawa negaranya bersedia untuk menghantar tentera daratnya ke Syria jika perlu, selepas serangan roket maut berminggu-minggu ke dalam rantau negara itu daripada militan menyeberangi sempadan.

“Jika diperlukan, kami akan menghantar tentera darat. Kami bersedia mengambil semua langkah diperlukan, kedua-duanya di dalam dan luar Turki bagi melindungi keselamatan kami,” katanya ditanya jika Turki berhasrat menghantar tentera ke Syria menurut transkrip diterbitkan di laman web Al-Jazeera negara itu.

Rantau sempadan Turki di Kilis yang terletak bertentangan kawasan dikawal militan IS di Syria menjadi sasaran roket sejak Januari lalu yang kini meragut 20 nyawa. Turki membalas serangan IS itu namun enggan membuat sebarang komitmen tegas menghantar tenteranya menyeberangi sempadan.

Dron daripada pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk menentang IS juga berlepas dari pangkalan Incirlik, Turki di selatan negara itu untuk mengebom sasaran IS.

Ahmet Davutoglu mengatakan perkara tersebut pada parlimen di Ankara. - AP
Ahmet Davutoglu mengatakan perkara tersebut pada parlimen di Ankara. – AP

ARTIKEL YANG SAMA