Turki sokong Azrerbaijan, konflik Karabakh

Turki sokong Azrerbaijan, konflik Karabakh

ISTANBUL, 3 April (AFP) – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah berikrar untuk menyokong sekutu Ankara, Azerbaijan ‘hingga akhir’ dalam konflik dengan Armenia rantau Nagorno Karabakh yang dipertikaikan, selepas pertempuran sengit mengorbankan 30 tentera di kedua-dua belah pihak.

“Kami berdoa agar saudara Azerbaijani kami akan menang dalam pertempuran itu dengan jumlah korban yang sedikit,” kata Erdogan memberitahu wartawan Azerbaijani semasa lawatan ke Amerika Syarikat hari ini. “Kami akan menyokong Azerbaijan hingga ke akhirnya,” katanya.

Presiden Armenia Serzh Sarkisian berkata 18 tentera Armenia terbunuh dan kira-kira 35 cedera dalam ‘pertempuran besar-besaran’ sejak berakhirnya peperangan dengan genjatan senjata 1994 di mana pejuang sokongan Armenia merampas wilayah dari Azerbaijan.

Terdahulu Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata bahawa 12 askar terbunuh dan sebuah helikopter tentera ditembak jatuh. Erdogan turut mengecam kegagalan yang telah lama wujud daripada Minsk Group, yang menerajui usaha Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) untuk mencari kedamaian yang dipengerusikan oleh Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat bagi menyelesaikan konflik.

Gambar fail bertarikh 26 Oktober 2016 menunjukkan askar Armenia yang mengisytiharkan diri mereka republik Nagorno-Karabakh berjalan dalam parit di barisan hadapan, bersempadan dengan Azerbaijan. - AFP
Gambar fail bertarikh 26 Oktober 2016 menunjukkan askar Armenia yang mengisytiharkan diri mereka republik Nagorno-Karabakh berjalan dalam parit di barisan hadapan, bersempadan dengan Azerbaijan. – AFP

“Kita berhadapan dengan kejadian itu oleh kerana Minsk Group memandang ringan keadaan,” kata Erdogan. “Jika Minsk Group telah mengambil langkah yang adil dan tegas ke atas ini, kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, kelemahan Minsk Group malangnya membawa kepada keadaan kepada seperti ini.”

Turki, yang mempunyai hubungan budaya dan bahasa yang rapat dengan Azerbaijan, adalah sekutu utama Baku. Ankara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Armenia kerana pertikaiannya dalam pembunuhan beramai-Armenia di Empayar Uthmaniyyah yang Yerevan anggap sebagai pembunuhan beramai-ramai.