Turki tahan 3 disyaki rancangan serangan ke atas diplomatik Jerman

Turki tahan 3 disyaki rancangan serangan ke atas diplomatik Jerman

ISTANBUL, 23 Mac (Reuters) – Pihak berkuasa Turki telah menahan tiga lelaki yang disyaki telah merancang serangan ke atas misi diplomatik Jerman dan sekolah Jerman di Turki, lapor Agensi Berita Dogan hari ini.

Ketiga-tiganya, termasuk seorang warga Iraq dan Syria, telah ditangkap di Istanbul dalam satu operasi unit polis pencegah keganasan, dibantu oleh perisikan Turki dan Jerman, menurut Dogan.

Pemeriksaan perubatan keatas ketiga-tiganya telah pun selesai dan pihak polis sedang menyoal siasat mereka, tambah agensi berita itu.

Jerman menutup misi diplomatiknya dan sekolah-sekolah pada Khamis, memetik ancaman tertentu, dua hari sebelum pengeboman berani mati di Istanbul menyalahkan militan Islamic State (IS) yang membunuh empat pelancong, serangan keempat tahun ini di Turki.

Presiden Tayyip Erdogan mengatakan pada Isnin, Turki berdepan salah satu ‘gelombang pengganas terbesar dan berdarah dalam sejarahnya’.

Serangan berani mati lain pada Januari di Istanbul juga telah disalahkan ke atas IS sementara dua lagi di bandar Ankara telah didakwa dilakukan oleh militan Kurdish.

Pemburuan ke atas tiga militan lain yang disyaki IS yang dikatakan akan merancang serangan bom berani mati juga sedang dilaksanakan, kata para pegawai Turki pada Isnin.