Turki tahan 6 berhubung kebakaran bilik asrama

Turki tahan 6 berhubung kebakaran bilik asrama

ISTANBUL, 30 Nov – Turki hari ini menahan enam orang yang disyaki cuai selepas 12 mangsa kebanyakannya budak sekolah perempuan terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan bilik asrama.

Kebakaran itu yang para pegawai berkata sepertinya berpunca daripada kerosakan elektrik, melarat ke ruang dalaman kayu bangunan itu kelmarin ketika kanak-kanak yang panik cuba untuk melompat dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Beberapa pegawai mengatakan ramai mangsa terbunuh di tingkat atas bilik asrama di rantau selatan Adana selepas mereka tidak dapat membuka pintu kebakaran untuk menyelamatkan diri.

Mereka yang ditahan itu adalah sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas pertuduhan ‘menyebabkan kematian dengan kecuaian’ termasuk pengurus bilik asrama di daerah Adana, Aladag, kata agensi berita Dogan.

Dogan berkata ramai yang terkorban akan dikenal pasti selepas ujian DNA, yang menunjukkan mangsa rentung te-ruk untuk dikenal pasti secara visual.

Seramai 10 orang yang terbunuh itu adalah budak sekolah berusia sehingga 14 tahun sementara kebakaran itu juga meragut nyawa beberapa anggota kakitangan pengajar.

Anak perempuan pengurus bilik asrama yang berusia empat tahun juga me-ninggal dunia, kata Dogan.

Seramai 24 orang termasuk 16 kanak-kanak cedera, kata Timbalan Perdana Menteri Veysi Kaynak kepada sidang media. – AFP