Turki tangkap 2 pengebom IS yang disyaki

Turki tangkap 2 pengebom IS yang disyaki

ISTANBUL, 5 April (AFP) – Pihak berkuasa di selatan Turki telah menahan dua lelaki yang disyaki bersiap sedia menjalankan pengeboman berani mati untuk kumpulan Islamic State (IS), yang telah melancarkan dua serangan di Istanbul pada tahun ini, menurut laporan semalam.

Lelaki itu telah ditangkap di wilayah selatan Gaziantep, yang bersempadan dengan Syria, pejabat gabenor tempatan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Dogan.