Turki terima tawaran Rusia

Turki terima tawaran Rusia

ISTANBUL, 12 Okt – Turki sudah sedia untuk menerima tawaran dari Rusia dalam tender berbilion dolar bagi sistem pertahanan udara, lapor media Turki kelmarin. Laporan itu muncul hampir setahun selepas Ankara membatalkan perjanjian awal dengan China di tengah-tengah kebimbangan dari rakan-rakan NATOnya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya, Rusia, Vladimir Putin berikrar semasa satu mesyuarat di Istanbul pada Isnin untuk memperkukuhkan kerjasama dalam semua bidang termasuk lingkungan teknikal tentera.

Turki sudah bersedia untuk menerima tawaran dari Rusia bagi satu tender Turki untuk membina sistem pertahanan udara jarak jauh, lapor televisyen swasta NTV, memetik sumber kementerian luar negeri Turki.

Jika disahkan, ia akan menjadi petanda terbaru hubungan yang meningkat antara Turki dan Rusia selepas krisis hubungan yang dicetuskan oleh penembakan salah sebuah pesawat perang Moscow di sempadan Syria pada November lalu oleh pasukan udara Turki. – AFP