Turki tidak akan tutup pintu buat pelarian – Erdogan

Turki tidak akan tutup pintu buat pelarian – Erdogan

ZAGREB, 27 April – Presiden Turki Tayyip Erdogan berkata semalam bahawa negara-negara Barat perlu menunjukkan sifat kemanusiaan dan mempelbagaikan lagi jenis bantuan kepada Turki bagi menangani krisis pelarian semasa.

Erdogan berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya di Crotia, Kolinda Grabar-Kitarovic, tetapi beliau tidak mengulas lanjut.

Turki tidak akan menutup pintu kepada pelarian Syria, kata beliau sambil menambah, “Turki tidak mungkin dan tidak juga pernah menutup pintu kepada orang yang melarikan diri bom.”

Grabar-Kitarovic menyatakan sokongan kuat terhadap Turki yang semakin menghampiri Kesatuan Eropah (EU), termasuk pemansuhan visa bagi warga Turki.

“Croatia boleh membantu Turki dalam proses integrasi EU itu, terutamanya dengan menyediakan sokongan politik yang kuat di Brussels, bagi mengangkat keperluan visa, yang saya harap akan berlaku tidak lama lagi,” katanya.

Selain krisis pelarian, semasa lawatan dua hari beliau, Erdogan akan membincangkan kerjasama ekonomi dengan pegawai Croatia. Delegasinya terdiri daripada enam menteri termasuk menteri keadilan, hal ehwal Eropah, hal ehwal ekonomi, serta lebih 90 ahli perniagaan yang akan menghadiri forum perniagaan.

Pada hari ini, Erdogan akan bertemu dengan Croatian Speaker Parlimen Zeljko Reiner dan Perdana Menteri Tihomir Oreskovic. – Xinhua