Turki tidak terima ‘gencatan senjata’ Kurdish

Turki tidak terima ‘gencatan senjata’ Kurdish

ISTANBUL, 31 Ogos – Turki hari ini berkata ia “tidak menerima” dakwaan Amerika Syarikat bahawa ia telah bersetuju terhadap gencatan senjata dengan tentera yang diketuai Kurdish di utara Syria.

“Kami tidak menerima dalam apa jua keadaan…kompromi atau gencatan senjata dicapai antara Turki dan apa-apa elemen yang berkaitan dengan Kurdish,” kata Menteri Hal Ehwal EU, Omer Celik memberitahu agensi berita Anadolu.

“Repuplik Turki merupakan sebuah kerajaan berdaulat dan sah.”

Celk berkata Turki tidak boleh meletakkan kedudukan yang sama dengan “pengganas pertubuhan”, merujuk kepada Unit Perlindungan warga Kurdish Syria (YPG) yang disokong Amerika.

Presiden Recep Erdogan menghadiri perarakan tentera sempena ulang tahun ke-94 Hari Kemenangan di ibu negara Turki, semalam. Turki berkata ia “tidak menerima” dakwaan Amerika Syarikat bahawa ia telah bersetuju terhadap gencatan senjata dengan tentera yang diketuai Kurdish di utara Syria. – Xinhua

Pertahanan AS secara rasmi memberitahu kepada AFP di Washington semalam bahawa Turki dan tentera yang diketuai Kurdish telah mencapai ‘kelonggaran dalam perjanjian’ untuk memberhentikan peperangan antara satu sama lain.

Minggu lepas, Turki melancarkan serangan serampang dua mata terhadap jihad Negara Islam dan YPG di utara Syria.

Selepas hujung minggu, pertempuran Turki dengan tentera bersekutu YPG, Washington menggesa kedua-dua pihak untuk berhenti berperang antara satu sama lain dan memberi tumpuan kepada memerangi IS.

Turki melihat YPG sebagai satu cabang daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah melancarkan perang berdarah terhadap Turki sejak 1984. – AFP