Turkish Airlines batal 142 penerbangan

Turkish Airlines batal 142 penerbangan

ANKARA, 30 Dis – Syarikat Turkish Airlines membatalkan 142 penerbangan pergi balik ke Istanbul dan meramalkan gangguan berterusan berikutan salji tebal yang melanda negara itu, hari ini.

Kebanyakan penerbangan domestik dibatalkan, namun laluan ke lapangan terbang Eropah dan Asia Barat, termasuk Hamburg, Munich, Milan dan Tehran turut terjejas.

Satu kenyataan di laman web syarikat itu menyebut, salji diramal turun di Istanbul pada 30 Disember dan dijangka meningkat pada 31 Disember. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA