Turkmenistan rasmi landasan pertama dengan Afghanistan

Turkmenistan rasmi landasan pertama dengan Afghanistan

IMAMNAZAR, Turkmenistan, 28 Nov – Negara berjiran Asia, Turkmenistan dan Afghanistan hari ini merasmikan seksyen pertama landasan bernilai AS$2 bilion yang menghubungkan dua negara mereka dengan kereta api buat pertama kalinya dan dijangka akan dilanjutkan hingga ke Tajikistan.

Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov dan rakan sejawatannya Afghanistan, Ashraf Ghani menghadiri perayaan berwarna-warni yang bercirikan para penari tradisional Turkmen.

Sebuah kereta api yang membawa 46 gerabak menyelesaikan perjalanan tiga kilometer dari pos kastam Imamnazar Turkmenistan menuju ke Akina di Afghanistan.

Ini melambangkan penghujung hubungan landasan 88 km dengan Afghanistan yang Turkmenistan mula bina sejak 2013.

Jika siap, landasan kereta api 400 km akan merangsang perdagangan antara ketiga-tiga negara di rantau yang dikelilingi daratan di mana infrastruktur pengangkutan masih kurang dan boleh menghubungkan dengan laluan landasan lain di seluruh Asia. – AFP

Para pegawai dan penari tradisional Turkmen berkumpul di pos kastam Imamnazar pada 28 November ketika mereka menyaksikan kereta api menuju ke Akina Afghanistan pada majlis pembukaan seksyen pertama landasan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA