Turkmenistan tingkat kapasiti eksport gas

Turkmenistan tingkat kapasiti eksport gas

BELEK, TURKMENISTAN, 23 Dis (Reuters) – Turkmenistan hari ini menyelesaikan talian paip yang boleh menghantar gas dari padang minyak kedua terbesar di dunia ke Barat atau, sebagai alternatif, merangsang penghantaran ke timur China dan, pada masa hadapan, ke Pakistan dan India.

Talian paip Timur-Barat bernilai AS$2.5 bilion itu menghubungkan Galkynysh dan padang minyak lain di timur negara itu ke pantai Caspian, tempat sambungan yang dicadangkan Trans-Caspian boleh menghantar gas ke Azerbaijan dan kemudian ke Eropah.

Projek talian paip Trans-Caspian (TCP), disokong oleh Kesatuan Eropah, sejauh ini masih lagi dalam kertas, sebahagiannya adalah mengenai pertikaian tentang status perundangan Laut Caspian dan keengganan Turkmenistan untuk menandatangani persetujuan perkongsian penghasilan bersama syarikat-syarikat asing bagi deposit hidrokarbon utama.

Namun Presiden Kurbanguly Berdymukhamedov mengatakan hari ini bahawa dengan terdapatnya gas di sempadan barat Turkmenistan ia boleh memberi nafas baru kepada TCP.

“Dengan penyiapan Timur-Barat, kerjasama dengan rakan-rakan Eropah memperoleh maksud baru,” katanya semasa majlis pelancaran di bandar kecil Belek terletak dekat dengan Caspian.

Penghubung Timur-Barat sepanjang 773km itu, yang memiliki kapasiti 30 bilion meter padu setahun, boleh juga menyalurkan talian paip yang dicadangkan di sepanjang pantai ke Kazakhstan hingga Rusia.

Bagaimanapun, pengimplementasian projek itu kelihatannya tidak berlaku selepas Moscow, yang dulunya pelanggan utama Ashgabat, membeli hanya 11 meter padu gas Turkmen pada 2014 dan akan membatalkan import minyak kepada empat meter padu tahun ini.

Pilihan lain adalah untuk menggunakan penghubung baru bagi menghantar gas di arah bertentangan. Turkmenistan Barat, walaupun tidak kaya dalam gas seperti rantau timur, sebenarnya boleh menyediakan isi padu tambahan bagi talian paip yang menghantar 30 ke 35 meter padu gas setahun ke China.

ARTIKEL YANG SAMA