Turnbull adakan lawatan pertama ke Indonesia

Turnbull adakan lawatan pertama ke Indonesia

JAKARTA, 12 Nov (AFP) – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini mengadakan lawatan pertamanya ke Indonesia sejak menerajui tampuk pentadbiran, berusaha membaiki hubungan utama yang terjejas oleh krisis yang berlaku berkali-kali di bawah pemimpin sebelumnya.

Hubungan di antara negara jiran itu merosot kepada tahap paling rendah dalam beberapa tahun di bawah bekas perdana menteri Tony Abbott, berhubung pertengkaran mengenai pelaksanaan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Jakarta ke atas penyeludup dadah Australia, dasar keras Canberra untuk menyuruh bot pelarian berpatah balik ke Indonesia dan dakwaan pengintipan.

Harapan adalah tinggi bahawa hubungan akan bertambah baik di bawah Turnbull, yang berkuasa dalam satu rampasan kuasa Parti Liberal pada September. Pendapat beliau adalah lebih liberal berbanding Abbott, dengan dasarnya yang keras sering menjengkelkan Jakarta.

Meskipun tanda-tanda hubungan yang semakin pulih, kerajaan Turnbull tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meringankan peraturan imigresen dan dasar kontrovesi untuk meminta bot berpatah balik dari pantainya tetap menjadi satu sumber ketegangan.

Malcolm Turnbull (kiri) dan Joko Widodo (kanan) melawat pasar runcit Tanah Abang di Jakarta semalam. – AFP
Malcolm Turnbull (kiri) dan Joko Widodo (kanan) melawat pasar runcit Tanah Abang di Jakarta semalam. – AFP

Tiba di Jakarta, Turnbull memberi petunjuk beliau akan cuba mengekal tumpuan lawatan satu hari beliau pada hubungan ekonomi, berkata beliau dan Presiden Indonesia Joko Widodo “adalah ahli perniagaan yang menceburi bidang politik.”

“Perdagangan, pelaburan, pertumbuhan ekonomi, ekonomi yang lebih kukuh – di Indonesia dan Australia demi faedah kedua-dua pihak – menjadi tumpuan perbincangan,” beritahunya kepada wartawan di Jakarta, sebelum berkunjung ke istana presiden untuk rundingan dengan Widodo.

Sekutu-sekutu adalah rakan perniagaan utama, dengan Indonesia satu pasaran utama untuk eksport Australia, termasuk lembu dan gandum. Menteri Perdagangan Australia Andrew Robb dijangka mengetuai rombongan pemimpin perniagaan Australia ke Indonesia pada minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA