Turnbull gesa pelindungan ketat pemeliharan budaya

Turnbull gesa pelindungan ketat pemeliharan budaya

SYDNEY, 30 Jun (AFP) – Dasar perlindungan sempadan dan pencari perlindungan yang ketat adalah penting untuk memelihara kefahaman pelbagai budaya, kata Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini, merujuk kepada pengundian Britain untuk keluar daripada EU disebabkan “kebimbangan berhubung imigresen.”

Turnbull, yang berusaha untuk dipilih semula dalam pengundian negara pada Sabtu, telah menggunakan krisis kewangan dan politik yang dicetuskan oleh pengundian Brexit pada minggu lalu untuk memperdebatkan kerajaan yang stabil dan kepulangan gabungan parti pemerintah konservatif Liberal-Nasional.

Canberra mengamal dasar keras ke atas pencari perlindungan yang sampai ke Australia dengan bot, menghantar mereka ke kem Pasifik terpencil sementara yang lainnya dihantar pulang ke tempat mereka bertolak.

Dasar yang keras itu telah dikecam oleh penyokong hak asasi manusia dan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Gambar fail yang diambil pada 26 Jun lalu menunjukkan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull semasa menghadiri pelancaran kempen kerajaan Gabungan di Sydney. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 26 Jun lalu menunjukkan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull semasa menghadiri pelancaran kempen kerajaan Gabungan di Sydney. – AFP

“Jika anda tidak mempunyai perlindungan sempadan yang kukuh, maka orang hilang kepercayaan dalam sistem imigresen dan seluruh projek pelbagai budaya Australia terancam,” beritahu pemimpin berusia 61 tahun itu kepada akhbar The Australian.

“Warga Australia perlu tahu kerajaan mereka menentukan siapa yang datang ke Australia, berapa lama mereka boleh tinggal dan syarat-syarat penginapan mereka,” tambah Turnbull, mengulang dasar pilihan raya pemimpin sebelum John Howard dalam pilihan raya pada 2001: “Kami akan menentukan siapa yang datang ke negara ini dan keadaan yang menyelubungi kedatangan mereka.”

Turnbull berkata terdapatnya “hubungan yang amat jelas” di antara keselamatan sempadan dan kejayaan faham pelbagai budaya dan di Britain “sebahagian besar peratus orang rasa mereka telah kehilangan kawalan ke atas sempadan mereka.”

Beliau memetik aliran pencari perlindungan yang memasuki Eropah dan pergerakan bebas sempadan blok sebagai faktor pencetus.

ARTIKEL YANG SAMA