Turnbull gesa undi kerajaan campuran

Turnbull gesa undi kerajaan campuran

SYDNEY, 26 Jun (AFP) – Perdana Menteri Australia menjanjikan kestabilan dan dasar ekonomi yang mantap selepas kemelesetan sejagat yang tercetus oleh pengundian Brexit, Britain, apabila beliau berkempen hari ini sebelum pengundian kebangsaan minggu depan.

Pasaran-pasaran goyah selepas keputusan Britain yang mengejutkan untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), termasuklah pasaran di Australia yang mana tanda aras S&P/ASX 200 ditutup rendah lebih tiga peratus Jumaat lalu selepas dagangan berubah-ubah.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull menggesa para pengundi supaya melantik semula kerajaan campuran beliau pada 2 Julai nanti, yang dijangka bersaingan sengit dengan parti pembangkang, Parti Buruh.

“Rancangan ekonomi kami yang jelas lebih penting dari sebelumnya ketika kita memasuki tempoh tidak pasti ini dalam pasaran sejagat ekoran pengundian rakyat Britain untuk keluar dari EU,” Turnbull berkata pada kempen campuran Liberal-Nasional yang dilancarkan di Sydney.

“Fikiran tenang, pengendalian mantap dan rancangan ekonomi yang kukuh penting bagi Australia untuk bertahan daripada sebarang akibat negatif ini. pada ketika tidak pasti, perkara terakhir yang kita perlukan ialah parlimen berselerakan.”

Politik Australia sendiri bergolak beberapa tahun kebelakangan, dengan ‘pintu-pintu perdana menteri yang bertanggung jawab berputar. Empat pemimpin berlainan telah memimpin sejak 2013 apabila parti-parti menyingkirkan perdana menteri yang sedang dalam jawatan mereka.

Turnbull telah menyingkirkan Tony Abbott dalam rampasan kuasa Parti Liberal pada September lalu, tetapi perdana menteri sebelumnya telah hadir hari ini dan mereka malah berjabat tangan.

“Saya menggesa setiap rakyat Australia supaya memikirkan pilihan raya ini seolah-olah undian mereka akan menentukan apakah jenis kerajaan yang kita ada selepas 2 Julai,” Turnbull berkata dengan menambah kata bahawa menyokong parti-parti kecil atau bebas adalah juga satu perjudian.

ARTIKEL YANG SAMA