Turnbull PM paling popular

Turnbull PM paling popular

SYDNEY, 22 Sept (AFP) – Perdana Menteri Australia yang baru Malcolm Turnbull menerima kelulusan jelas dari para pengguna hari ini, dengan tinjauan pendapat menunjukkan beliau adalah pemimpin paling popular di negara itu dalam tempoh lima tahun.

Seminggu selepas jutawan berusia 60 tahun itu menyingkirkan Tony Abbott sebagai pemimpin dalam rampasan kuasa Parti Liberal, Newspoll yang meninjau 1,645 pengundi mendapati 55 peratus dari mereka menganggap Turnbull sebagai perdana menteri yang mereka inginkan.

Itu adalah perkadaran tertinggi bagi seorang perdana menteri sejak Julai 2010, apabila bekas pemimpin parti Buruh, Julia Gillard memegang pucuk pimpinan. Menteri Perdagangan Turnbull Andrew Robb berkata Newspoll menunjukkan bahawa para pengundi menyokong perubahan kepimpinan.

Malcolm Turnbull yang menurut tinjauan, beliau dikatakan pemimpin paling popular dalam tempoh lima tahun. – AFP
Malcolm Turnbull yang menurut tinjauan, beliau dikatakan pemimpin paling popular dalam tempoh lima tahun. – AFP

“Itu pastinya mesti mengesahkan majoriti besar masyarakat menyokong perubahan. Saya berpendapat itu adalah mesej besar dari tinjauan pendapat hari ini,” Robb memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

“Saya tidak fikir kita seharusnya mendahului diri sendiri, tetapi pastinya lebih baik dalam kedudukan ini, dan itu adalah pengukuhan dalam masyarakat tentang apa yang berlaku minggu lalu, mereka menyokongnya.”

Populariti Turnbull 18 mata mengatasi kedudukan Abbot hasil tinjauan dua minggu lalu, manakala sokongan pemimpin pembangkang Buruh Bill Shorten hampir separuh kepada 21 peratus, Newspoll yang disiarkan dalam akhbar The Australia, menunjukkan.