Tusk: ‘Jangan datang ke Eropah’

Tusk: ‘Jangan datang ke Eropah’

ATHENS, 3 Mac (AFP) – Presiden Kesatuan Eropah (EU) Donald Tusk hari ini mengeluarkan amaran sebenar kepada penghijrah ekonomi untuk tidak datang ke Eropah, ketika dia menyelar negara-negara lain kerana mengambil tindakan satu pihak (unilateral) untuk menangani krisis tersebut.

Dalam lawatan ke Greece – berhadapan krisis migrasi terburuk Eropah sejak Perang Dunia Kedua – Tusk memberitahu penghijrah ekonomi bahawa ia tidak ada gunanya untuk memohon perlindungan di Kesatuan Eropah.

“Saya ingin merayu kepada semua penghijrah ekonomi yang berpotensi haram di mana saja anda datang: Jangan datang ke Eropah,” Tusk memberitahu sidang media di Athens selepas rundingan bersama Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras.

“Jangan percaya kepada penyeludup. Jangan risikokan nyawa dan wang anda. Ia tidak ada gunanya.”

Dan beribu-ribu lagi terkandas di sempadan Greece-Macedonia selepas negeri Austria dan Balkan mula mengehadkan kemasukan penghijrah, Tusk membidas tindakan ‘unilateral’ oleh anggota EU sebagai ‘menjejaskan semangat perpaduan Eropah’.

Alexis Tsipras (kanan) mengalu-alukan Donald Tusk di rumah agam Maximos di Athens, Greece pada 3 Mac. – Reuters
Alexis Tsipras (kanan) mengalu-alukan Donald Tusk di rumah agam Maximos di Athens, Greece pada 3 Mac. – Reuters

Pengehadan sempadan telah mengakibatkan Greece kesendatan penghijrah ketika Macedonia hanya membenarkan sedikit sahaja yang melaluinya, dengan EU menganggarkan bilangan yang terkandas dalam keadaan menyedihkan kira-kira sebanyak 12,000.

Tsipras mengatakan dia ingin melihat sekatan dikenakan ke atas negeri-negeri EU yang menjejaskan keputusan bersama daripada blok 28 anggota.

“Greece akan mendesak….bahawa akan ada sekatan kepada mereka yang tidak menghormati (perjanjian perpaduan Eropah),” ujarnya persidangan media bersama Tusk.

Ketua EU berada di Athens sebagai sebahagian daripada jelajah serantau berkaitan krisis migrasi menjelang sidang kemuncak pada Isnin antara EU dan Turki, pintu masuk kepada ratusan ribu penghijrah dan pelarian, kebanyakan dari Syria, berharap untuk memulakan kehidupan baru di Eropah.

Tusk menuju ke Ankara bagi rundingan pada hari ini bersama Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu, yang akan menekan lebih lagi bantuan ‘intensif’ dalam mengurangkan kemasukan penghijrah yang mendarat di pantai Greece.

Serangan diplomatik bertalu-talu itu muncul selepas EU mendedahkan pelan bantuan kecemasan sekitar 700 juta euro semalam untuk membantu Greece dan perjanjian negara lain yang berdepan krisis migrasi terburuk Eropah sejak Perang Dunia Kedua.