Tutong FoodCon kembali lagi

Tutong FoodCon kembali lagi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 26 Ogos – Tutong FoodCon kembali lagi di kawasan Ruang Legar Hua Ho Petani Mall, Tutong dengan mengetengahkan lebih 40 pengusaha persendirian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Bermula hari ini sehingga 28 Ogos, acara kali ini menampilkan pelbagai jenis sajian makanan dan minuman yang baru, sedap dan menyelerakan serta mempromosi produk majlis perundingan mukim dan kampung, Destinasi Tutong dan sebagainya.

Tutong FoodCon ini juga dijadikan sebagai satu asas atau platform untuk menyatupadukan masyarakat dan mengetengahkan potensi serta pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan yang terdapat di daerah ini dalam inisiatif untuk sama-sama memajukan Daerah Tutong sebagai Daerah Destinasi yang indah, unik dan menarik.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan mengunjungi Tutong FoodCon berkenaan yang dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 9 malam.

Tutong FoodCon pada masa ini diadakan sehingga 28 Ogos ini, di Hua Ho Petani Mall, Tutong.
Tutong FoodCon pada masa ini diadakan sehingga 28 Ogos ini, di Hua Ho Petani Mall, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA