Tutong Hotspur ‘A’ juara

Tutong Hotspur ‘A’ juara

Oleh Hazman HM

 

TUTONG, 1 Ok t – Pasukan Tutong Hotspur ‘A’ muncul juara dua tahun berturut-turut dalam perlawanan akhir bola sepak tujuh sepasukan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 tahun bagi Daerah Tutong.

Perlawanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam, yang turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Pasukan Tutong Hotspurs ‘A’ bersama-sama tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa.
Pasukan Tutong Hotspurs ‘A’ bersama-sama tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa.

Tutong Hotspurs ‘A’ menewaskan Pasukan Kiudang Mungkom 1-0 menerusi jaringan Sam Ford dalam separuh masa kedua. Sam Ford juga terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Pasukan MS-T Team dan PERDA ‘A’ pula menduduki tempat ketiga bersama. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Tutong itu adalah acara tahunan PESAKA dan tahun ini adalah kali ke-39 ia diadakan.