Tutong membuka tirai

Tutong membuka tirai

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi & Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H

 

TUTONG, 19 Julai – Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Tutong dari segenap lapisan tanpa mengira bangsa, membanjiri kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong untuk memeriahkan serta menyaksikan majlis bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Keadaan hujan yang turun membasahi bumi Tutong sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka bagi menjunjung kasih ke hadapan majlis Baginda Sultan serta ahli kerabat diraja yang lain dengan membawa semangat perpaduan dan taat setia kepada raja serta negara yang dicintai.

Suasana hari ini begitu meriah dan penuh warna-warni dengan barisan bendera kecil negara yang dikibarkan oleh murid-murid dan pelajar sekolah sepanjang jalan menuju kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong bagi mengalu-alukan keberangkatan Baginda serta ahli kerabat diraja yang lain.

Tutong menjadi daerah pertama bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke majlis berkenaan dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar sekolah semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar sekolah semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.

pg03_160720_b

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain kemudian dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dimainkan yang diikuti dengan laungan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

Pemangku Pegawai Daerah Tutong, dalam sembah alu-aluannya berkata seluruh rakyat dan penduduk Daerah Tutong dengan penuh hormat serta takzim menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Baginda Sultan atas kurnia perkenan Baginda berangkat bercemar duli dan junjung ziarah bersama rakyat dan penduduk daerah itu.

DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima junjung ziarah daripada penduduk Daerah Tutong.
DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima junjung ziarah daripada penduduk Daerah Tutong.
DYTM Pengiran Digadong berkenan beramah mesra bersama penduduk Daerah Tutong semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
DYTM Pengiran Digadong berkenan beramah mesra bersama penduduk Daerah Tutong semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima junjung ziarah semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, kelmarin.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima junjung ziarah semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, kelmarin.

“Sesungguhnya keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli ke Daerah Tutong merupakan peluang keemasan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk Daerah Tutong bagi menjunjung kasih setinggi-tingginya, menzahirkan rasa syukur dan kasih sayang yang amat mendalam terhadap raja yang sangat dicintai yang sentiasa memeduli amalan beragama, kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Daerah Tutong,” ujarnya.

Bagi memeriahkan dan menyemarakkan sambutan sempena keberangkatan Baginda Sultan, majlis pagi diserikan dengan sebuah persembahan khas yang membawakan tema, Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Ia merupakan gabungan peserta dari Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung, pegawai dan kakitangan kerajaan, belia-belia, penuntut-penuntut sekolah, wakil-wakil puak dan masyarakat Daerah Tutong, persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan sukarela di Daerah Tutong seramai 460 orang.

Kemeriahan suasana jelas terpancar pada wajah setiap rakyat dan penduduk yang tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah Baginda Sultan serta ahli kerabat diraja yang lain seterusnya menyembahkan sembah ke hadapan majlis Baginda Sultan.

Keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli serta beramah mesra bersama rakyat merupakan suatu tradisi murni yang dapat memberi peluang keemasan dan dinanti-nantikan khasnya golongan warga emas serta penduduk di daerah itu untuk bersua muka dengan raja yang dikasihi.

ARTIKEL YANG SAMA