Twitter ambil alih risikan tiruan Whetlab

Twitter ambil alih risikan tiruan Whetlab

WASHINGTON, 18 Jun (AFP) – Twitter semalam mengambil alih risikan tiruan Whetlab, sekali gus merangsang keupayaan analitis yang semakin penting untuk rangkaian sosial.

Syarat-syarat tidak diumumkan untuk perjanjian itu, yang didedahkan dalam satu tweet oleh kumpulan kejuruteraan Twitter dan di laman sesawang Whetlab di Massachusetts.

Twitter tidak memberi komen mengenai rancangannya untuk perkhidmatan itu, namun risikan tiruan boleh digunakan untuk menentukan tweet paling relevan dan mesej iklan untuk setiap pengguna, atau menapis lebih baik spam.

“Sejak setahun lalu, kami telah menghasilkan satu teknologi untuk menjadikan pembelajaran mesin lebih baik dan lebih cepat untuk syarikat, secara automatik,” menurut satu kenyataan di laman sesawang Whetlab.

“Twitter adalah platform untuk komunikasi terbuka di Internet dan kami percaya teknologi Whetlab boleh memberi kesan besar dengan mempercepat usaha pembelajaran mesin dalam Twitter.”

Tindakan itu diambil ekoran usaha Twitter mencari ketua eksekutif baru selepas pengumuman Dick Costolo bahawa beliau akan meletak jawatan.