Twitter guna alat baru atasi penganiayaan, buli

Twitter guna alat baru atasi penganiayaan, buli

WASHINGTON, 16 Nov – Twitter semalam mula mengeluarkan senjata baru dalam usaha memerangi gangguan ‘trolls’ yang kata-katanya menyakitkan hati yang kerap disampaikan oleh seseorang dengan tanpa nama, boleh mengakibatkan perkhidmatan pesanan itu menjadi tempat yang tidak disukai.

Langkah itu dibuat ketika rangkaian sosial online berusaha untuk mengimbangi ucapan bebas dengan ugutan dan serangan yang membuatkan ramai takut untuk bercakap bebas.

“Jumlah penganiayaan, buli dan gangguan yang telah kami saksikan di internet begitu meningkat dalam tempoh beberapa tahun lalu,” Twtter berkata dalam satu kenyataan. “Perlakuan ini menghalang orang dari menyertai Twitter, atau di mana-mana.”

Twitter sedang meluaskan ciri-ciri ‘mute’ (diam) yang membolehkan para pengguna untuk menyekat akaun-akaun yang menghantar pesanan yang tidak wajar.

Twitter akan membolehkan para pengguna menghapuskan atau mendiamkan, pemberitahuan berdasarkan kata kunci, frasa atau keseluruhan perbualan yang tidak ingin mereka lihat, menurut syarikat yang beribu pejabat di San Francisco itu.

Gambr fail 11 September 2013 menunjukkan logo laman web rangkaian sosial Twitter dipaparkan pada skrin komputer di London. Twitter kelmarin mula mengeluarkan senjata baru dalam usaha memerangi gangguan ‘trolls’ . – AFP
Gambr fail 11 September 2013 menunjukkan logo laman web rangkaian sosial Twitter dipaparkan pada skrin komputer di London. Twitter kelmarin mula mengeluarkan senjata baru dalam usaha memerangi gangguan ‘trolls’ . – AFP

“Ini adalah ciri yang kami dengar ramai yang memintanya, dan kami akan terus mendengar untuk menjadikannya lebih baik lagi dan lebih menyeluruh dalam tempoh masa,” katanya. Dasar Twitter telah pun menegah kebencian yang muncul berasaskan bangsa, jantina, agama, ketidakupayaan atau haluan seks.

Langkah-langkah itu telah diumumkan semalam termasuklah menyediakan hala lebih langsung bagi orang ramai untuk melaporkan perlakuan menganiaya, meskipun mereka saksi kepada itu dan bukan sasaran.

“Ini akan meningkatkan lagi kemampuan kita untuk memproses laporan ini, yang membantu mengurangkan bebanan orang yang mengalami penganiayaan, dan membantu mengukuhkan budaya sokongan berkumpulan ke atas Twitter,” menurutnya lagi.

Kakitangan bantuan Twitter telah dilatih semula berhubung dasarnya, termasuklah sesi untuk membantu memahami ulasan dalam konteks budaya dan sejarah, menurut syarikat itu lagi.

Proses dalaman telah disusun untuk menangani dengan lebih berkesan dengan laporan perlakuan menganiaya, dengan matlamat lebih pantas dan lebih telus dalam menangani situasi, menurut Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA