Twitter rancang tambah 10,000 karakter

Twitter rancang tambah 10,000 karakter

WASHINGTON, 6 Jan (AFP) – Had 140 huruf Twitter ke atas tweet telah lama mengecewa dan mencabar kebanyakan penggunanya.

Sekarang syarikat itu mungkin menawarkan satu penyelesaian, menurut laman web berita teknologi re/code: tweet 10,000 huruf, yang boleh diperoleh pada Mac.

Re/code melaporkan semalam bahawa Twitter telah mengkaji bagaimana membenarkan pengguna berkata lebih, selepas mengehad mereka kepada 140 huruf selama 10 tahun.

Had tersebut adalah berdasarkan kapasiti perisian mesej asal yang digunakan, dan walaupun ia mengecewakan untuk kebanyakan orang, melancarkan satu aliran komentar yang ringkas lagi padat di seluruh laman.

ARTIKEL YANG SAMA