Twitter terima banyak permintaan pembuangan mesej yang disiarkan

Twitter terima banyak permintaan pembuangan mesej yang disiarkan

SAN FRANCISCO, 22 Sept – Twitter menyaksikan peningkatan dalam permintaan rasmi agar membuang mesej-mesej yang disiarkan dalam Twitter pada separuh pertama tahun ini, menurut syarikat itu semalam.

Permintaan bagi pembuangan itu meningkat 13 peratus, dengan jumlah terbesar datangnya dari Turki dan Rusia yang mempunyai sejarah supaya Twitter membuang isi kandungan mesej tersebut, menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma media sosial yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Permintaan itu lazimnya berhubung kait dengan isi kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang tempatan, menurut Twitter. Laporannya tidak membutirkan bahawa ia adalah salah satu usaha untuk menghalang para pelampau dari menggunakan platform itu bagi penyebaran mesej ganas.

Gambar fail 6 November 2013 menunjukkan sepanduk logo Twitter yang dipaparkan di luar Bursa Saham New York (NYSE) di New York. – AFP
Gambar fail 6 November 2013 menunjukkan sepanduk logo Twitter yang dipaparkan di luar Bursa Saham New York (NYSE) di New York. – AFP

Keseluruhannya Twitter menerima 4,434 permintaan bagi pembuangan isi kandungan, sama ada dari kerajaan dan agensi polis dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Terdapat tambahan 761 perintah mahkamah, menurut laporan itu lagi.

Permintaan itu mensasarkan sejumlah 20,594 akaun yang menjadi sasaran, dan tidak ada tindakan dibuat ke atas 15,195 dari jumlah itu, menurut Twitter. – AFP