TWSE yakin prestasi keseluruhan pasaran serantau

TWSE yakin prestasi keseluruhan pasaran serantau

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) – Bursa Saham Taiwan (TWSE) menggalakkan rakyat Taiwan untuk melabur dalam pasaran Malaysia, kerana ia yakin dengan prestasi keseluruhan pasaran serantau dalam tahun ini walaupun dengan keadaan ekonomi global serta harga minyak yang tidak menentu.

Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat, Naikuan Huang, berkata untuk tahun ini, TWSE optimis bahawa pasaran serantau akan berprestasi lebih baik di atas pulangan nominal sebanyak 10 peratus, memandangkan tidak ada perubahan yang serius dalam politik dunia serta ekonomi.

Beliau juga yakin dengan pasaran serantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, di mana prestasi di rantau ini adalah yang terbaik pada tahun 2015.

“Sesetengah pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina, merupakan di antara sepuluh pasaran yang menunjukkan prestasi terbaik tahun lepas,” katanya, menambah bahawa rekod itu akan terus dikekalkan dalam tahun ini.

“Ekonomi Malaysia juga kelihatan cerah, yang menjadi sebab utama kami mahu memperkenalkannya kepada pelabur Taiwan,” katanya kepada Bernama pada majlis taklimat pinjaman dan peminjam sekuriti Taiwan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA