Tyson Fury tinggalkan gelaran

Tyson Fury tinggalkan gelaran

LONDON, 13 Okt – Tyson Fury menyerahkan gelaran WBO dan WBA heavyweight dunianya ‘dengan serta merta’ untuk memberikan tumpuan ke atas ‘rawatan perbuatan dan pemulihannya’, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh promoternya, Hennessy Sports.

Petinju dari British itu mengakui mengambil kokain untuk menangani tekanan dan bersedia untuk dilucutkan gelarannya selepas membatalkan dua pertarungan semula yang dirancang tahun ini menentang bekas juara Ukraine, Wladimir Klitschko.

“Saya merasa ia adalah adil dan tepat dan bagi kebaikan tinju untuk mengekalkan gelaran aktif dan membolehkan pesaing lain untuk bertarung merebut tali pinggang yang dikosongkan itu, di mana saya berbangga memenanginya dan bertahan sebagai juara heavyweight dunia apabila saya menewaskan juara lama bertahan, Wladimir Klitschko,” kata Fury dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

“Saya memenangi gelaran dalam gelanggang dan saya percaya mereka seharusnya tewas dalam gelanggang, tetapi saya tidak mampu untuk mempertahankannya pada masa ini.”

Mick Hennessy, promoter Fury, berkata keputusan itu ‘menyedihkan’. – AFP

Gambar fail 29 November 2015 menunjukkan Fury meraikan kejayaan bagi gelaran WBA, IBF, WBO dan IBO selepas memenanginya ketika menentang petinju Ukraine. Fury menyerahkan gelaran WBO dan WBA heavyweight dunianya ‘dengan serta merta’ untuk memberikan tumpuan ke atas rawatan perbuatan dan pemulihannya. – AFP