Tyson juara heavyweight dunia

Tyson juara heavyweight dunia

DUESSELDORF, Jerman, 29 Nov (Agensi) – Tyson Fury menewaskan Vladimir Klitschko dengan keputusan sebulat suara semalam untuk menamatkan penguasaan 91/2 petinju dari Ukraine itu sebagai juara heavyweight dan memenuhi ramalan ayahnya dari hari dia dilahirkan.

Dilahirkan tiga bulan lebih awal dan dengan hanya berat badan satu paun (.45 kg), Fury tidak diberikan peluang banyak untuk hidup, tetapi John Fury memberitahu doktor ia adalah takdirnya untuk hidup dan menjadi juara heavyweight dunia. Dia menamakan anak kedua dari enam anak lelakinya, Tyson, menggunakan nama Mike Tyson.

Dua puluh tujuh tahun kemudian, 2.09 meter, Tyson Fury, yang juga warisan Irish-Gypsy dan berasal dari darah juara bagi kedua belah keluarganya, akhirnya menghidupkan namanya.

“Ia adalah sesuatu yang saya usahakan sepanjang hayat saya,” kata Fury. “Saya dilahirkan untuk menjadi seorang petinju.”

Selepas persaingan sengit yang berakhir dengan luka hampir di kedua belah mata Klitschko, pengadil, Tony Weeks mencatatkan kad mata hakim.

Vladimir Klitschko (kanan) dan Tyson Fury berbalas tumbukan dalam pertarungan merebut kejuaraan heavyweight dunia di Esprit Arena di Duesseldorf, barat Jerman, pada 28 November 2015. – Agensi
Vladimir Klitschko (kanan) dan Tyson Fury berbalas tumbukan dalam pertarungan merebut kejuaraan heavyweight dunia di Esprit Arena di Duesseldorf, barat Jerman, pada 28 November 2015. – Agensi

Cesar Ramos dan Raul Caiz Sr. Masing-masing mencatatkan 115-112, sementara Ramon Cerdan mencatatkan 116-111 yang memihak petinju dari Britain yang belum pernah tewas itu (25-0, 18 KO).

Fury memenangi tali pinggang heavyweight Klitschko, WBA, IBF dan WBO, begitu juga dengan gelaran IBO, dan tumpuan kemudian ditukar kepada potensi bagi pertarungan semula.

“Kami mempunyai klausa pertarungan semula dalam kontrak itu,” kata promoter Klitschko, Bernd Boenten.

“Saya seorang petinju jadi saya akan menentang semua pencabar,’ kata Fury. “Saya datang ke sini malam ini, memenangi gelaran dunia. Apa pun berlaku seterusnya adalah rahmat. Minat dalam pertarungan seterusnya adalah besar.”

Fury, 12 tahun lebih muda dari Klitschko, 39, mencemuh dan mengumpan juara itu pada berbagai peringkat, mencetuskan ejekan dari peminat di stadium bola sepak di Duesseldorf yang memuatkan 55,000 tempat duduk.

Klitscko (64-4, 53 KO), bertarung dalam pertarungan gelaran ke-28, berhati-hati sehingga berusaha bagi memulihkan pusingan akhir, tetapi mengalami kekalahan pertamanya sejak April 2004.

ARTIKEL YANG SAMA