Tyson umum sokong Donald Trump

Tyson umum sokong Donald Trump

WASHINGTON, 28 Okt (AFP) – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson melangkah masuk ke gelanggang politik, dengan menyokong Donald Trump dalam bidaan taikun bilionair itu bagi Rumah Putih pada 2016.

Tyson mengeluarkan sokongannya lewat Isnin lalu dalam HuffPost Live, sambil berkata dia mahu melihat ketua perniagaan itu selepas lapan tahun di bawah Presiden Barack Obama.

“Dia seharusnya menjadi presiden Amerika Syarikat, itu seharusnya yang dilakukannya,” kata Tyson apabila ditanya mengenai pendapatnya mengenai Trump.

“Mari cuba sesuatu yang baru. Mari kendalikan AS seperti perniagaan, di mana tiada warna dikira,” tambahnya. “Siapa pun boleh melakukan tugasan itu, mendapatkan tugas.”

Dua tokoh selebriti itu mengenali sesama sendiri selama beberapa dekad lamanya.

ARTIKEL YANG SAMA