UAE gesa rakyat elak pakai pakaian tradisional Arab

UAE gesa rakyat elak pakai pakaian tradisional Arab

DUBAI, 3 Julai – Emiriah Arab Bersatu telah menasihatkan rakyatnya untuk mengelak daripada memakai pakaian tradisional Arab di negara-negara Barat selepas polis Amerika Syarikat (AS) dengan ‘kejamnya’ menahan seorang ahli perniagaan Emiriah yang disyaki ahli kumpulan jihad.

Lelaki berusia 41 tahun itu, berkunjung ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan perubatan, telah memakai jubah putih dan hiasan kepala Arab pada Rabu apabila dia ditangkap di sebuah hotel di Cleveland, Ohio selepas seorang pekerja mensyaki dia telah menjamin kesetiaan kepada kumpulan Islamic State (IS), jelasnya dalam panggilan telefon.

Satu video mengenai insiden itu, yang disiarkan dalam Youtube, menunjukkan beberapa anggota polis bersenjata raifal telah menangkap Ahmed al-Menhali, dan kemudian menggari tangannya dan memeriksanya.

“Mereka bersikap kejam dengan saya. Mereka menekan belakang saya dengan kasar. Saya juga cedera dan berdarah akibat tindakan tegas mereka itu,” kata Menhali, yang dipetik dari akhbar harian The National.

Kementerian luar negeri Emiriah, dalam satu kenyataan yang disiarkan Twitter, menggesa rakyatnya ‘untuk tidak memakai pakaian kebangsaan semasa membuat perjalanan ke luar negara, terutama di kawasan awam, bagi memastikan keselamatan mereka sendiri.”

Selepas mengesahkan yang Menhali tidak menunjukkan ancaman, anggota polis melepaskan lelaki Emiriah itu, yang mengatakan dia jatuh pengsan dan memerlukan rawatan di hospital. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA