UASC meneruskan perniagaan Iran

UASC meneruskan perniagaan Iran

LONDON, 21 Jan – Syarikat Perkapalan Arab Bersatu sedang meneruskan perniagaan dengan Iran ekoran pembatalan sekatan Barat, meskipun persaingan politik yang sengit di antara Republik Islam dan Arab Saudi, salah satu pemegang saham utama syarikat perkapalan itu.

Satu perjanjian nuklear di antara kuasa dunia dan Iran membawa kepada penyingkiran sekatan eksport minyak antarabangsa pada Sabtu serta sekatan ke atas perbankan, insurans dan perkapalan.

Negara Teluk lain yang mempunyai saham dalam UASC juga mempunyai hubungan sukar dengan Iran.

Namun satu sumber yang rapat dengan syarikat perkapalan itu menjelaskan bahawa untuk UASC, pertimbangan komersial adalah lebih penting daripada kesukaran politik.

UASC yang beribu pejabat di Kuwait memberitahu Reuters semalam bahawa ia telah “mula menerima penyerahan ke dan dari Iran.”

Dengan sekatan AS masih berkuatkuasa, yang tidak termasuk individu AS, bank dan syarikat insurans daripada berniaga dengan Iran termasuk perniagaan yang menggunakan wang kertas dolar, sumber perkapalan dan insurans marin berkata banyak syarikat asing mungkin bertindak dengan hati-hati.

Qatar memegang 51 peratus saham dalam kumpulan itu, Arab Saudi mempunyai 35 peratus dan negara yang tinggal mempunyai pegangan yang lebih kecil. Krisis itu meletus apabila Arab Saudi melaksana hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah pada 2 Januari dan pembantah Iran bertindak balas dengan menyerbu dan membakar kedutaan Saudi di Tehran.

Sumber yang rapat dengan UASC memberitahu Reuters, perniagaan berjalan seperti biasa meskipun ketegangan yang timbul.

UASC berkata sebelum memutuskan hubungan, pasaran Iran mewakili kira-kira 2 hingga 3 peratus daripada keseluruhan perniagaan kumpulan.

Pasaran kontena telah terjejas oleh kemelesetan dalam permintaan dari Asia, terutamanya China.

Sektor itu juga mengalami salah satu kemelesetan paling teruk disebabkan kebimbangan mengenai ekonomi dunia dan bekalan kapal yang ada untuk disewa, mendorong syarikat perkapalan mencari peluang yang ada. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA