Ubah laluan elak peluru Pyongyang

Ubah laluan elak peluru Pyongyang

TOKYO, 5 Feb – Dua syarikat penerbangan utama Jepun menukar laluan sebahagian pesawatnya berikutan rancangan Korea Utara untuk melancarkan apa yang dikatakan roket membawa satelit pada lewat bulan ini.

All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines (JAL) berkata, antara 8 dan 25 Februari mereka akan melencongkan laluan pesawat yang terbang di ruang udara Filipina, lokasi di mana bahagian dan serpihan peluru berpandu dijangka jatuh selepas pelancaran.

Ia adalah kemungkinan tarikh pelancaran yang diumumkan Pyongyang, Perubahan laluan membabitkan tiga pesawat ANA dari lapangan terbang Haneda di Tokyo ke Manila, dari Manila ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo dan dari Jakarta ke Narita.

Sementara itu, dua pesawat JAL, dari Jakarta ke Narita dan dari Narita ke Manila, juga dilencongkan, kata syarikat berkenaan. Semua pesawat dijangka berhadapan kelewatan lima hingga 10 minit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA