Ubat biosimilar boleh jimat 98 bilion euro

Ubat biosimilar boleh jimat 98 bilion euro

LONDON, 29 Mac (Reuters) – Salinan kos lebih rendah ubat biotek kompleks, dikenali sebagai biosimilar, boleh menjimatkan AS dan lima pasaran terkemuka Eropah sebanyak-banyaknya 98 bilion euro menjelang 2020, analisis baru menunjukkan hari ini.

Bagaimanapun merealisasikan penjimatan itu, bergantung pada pendidikan berkesan doktor dan penyedia penjagaan kesihatan yang membentuk strategik kemasukan pasaran pintar, menurut laporan IMS Institute for Healthcare Informatics.

Potensi bagi peniru untuk mengambil perniagaan dari jenama biotek asli semakin menarik minat para pelabur, dengan ramai bimbang tentang impak pada keuntungan syarikat-syarikat seperti Roche dan AbbVie.

Ia juga peluang bagi kumpulan baru muncul daripada pakar-pakar biosimilar seperti Celltrion dari Korea Selatan, dan pengeluar ubat generik besar yang mengetahui tentang biotek, seperti Sandoz unit Novartis.

Penjimatan 98 bilion euro berdasarkan lapan ubat biotek berjenama besar, termasuklah Humira, AbbVie dan Herceptin, Roche, yang dijangka kehilangan perlindungan paten dalam tempoh lima tahun akan datang.