Ubat & makanan anak damit dibolehkan dalam pesawat

Ubat & makanan anak damit dibolehkan dalam pesawat

HAMBURG, 18 Mei – Para pelancong yang membuat perjalanan menggunakan kapal terbang dan membawa bersama mereka ubat yang sensitif pada suhu sejuk seharusnya menyimpannya dalam bagasi bimbit, kerana ia boleh jadi terlalu sejuk dalam palka pesawat, menurut pakar Jerman.

Suhu juga boleh menjadi terlalu rendah di beberapa bahagian petak kargo. Dewan Ahli Farmasi Hamburg mengatakan seperti insulin, contohnya, boleh menghablur dalam suhu yang sejuk, dan menyebabkan kesannya hilang.

Tambahan pula, beg yang didaftar masuk ke kargo mempunyai risiko besar akan hilang. Bagi kes seperti itu, para pelancong seharusnya menyimpan beberapa hari bekalan ubat-ubatan penting dalam bagasi bimbit mereka.

Sementara itu, peraturan keselamatan penerbangan di seluruh dunia telah menegah untuk membawa mana-mana cecair lebih 100 mililiter dalam bagasi bimbit, namun ia dikecualikan bagi para penumpang yang membuat perjalanan bersama anak damit mereka.

Peraturan Kesatuan Eropah (EU) menjelaskan bahawa isi padu maksimum cecair, aerosol dan gel boleh melebihi had yang dibenarkan bagi ‘tujuan perubatan atau dietari khusus seperti makanan anak damit.

Penumpang bagaimanapun perlu membuktikan kandungannya jika ia diperlukan untuk melakukannya. Tidak ada perbezaan jelas antara makanan terutamanya bagi anak damit atau cecair pelan diet seperti jus yang boleh dimakan oleh orang dewasa. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA