Ubat moden bantu penghidap kanser

Ubat moden bantu penghidap kanser

CHICAGO, 1 Jun (AFP) – Ubat moden telah mengorak langkah besar dalam merawat kanak-kanak yang menghidap kanser, dan empat kali ganda sebanyaknya bilangan belia kini dapat bertahan terhadap kanser berbanding beberapa dekad lalu, menurut para penyelidik semalam.

Jangka hayat selepas bertarung dengan kanser pediatrik juga lebih lama dari selalunya, menurut penemuan yang dikeluarkan pada Mesyuarat tahunan Persatuan Amerika Onkologi Klinikal (ASCO).

Kajian itu berdasarkan analisis ke atas lebih 34,000 peserta dalam Kajian Pesakit Bertahan Kanser Zaman Kanak-Kanak yang dibiayai persekutuan yang mengikuti bekas pesakit bertahan kanser zaman kanak-kanak selama lima tahun yang telah didiagnosis antara 1970 dan 1999 di 31 buah hospital AS dan Kanada.

“Lima puluh tahun lalu, hanya seorang dalam lima kanak-kanak mampu bertahan daripada kanser, dan hari ini lebih 80 peratus hidup lima tahun selepas diagnosis,” menurut ketua kajian Gregory Armstrong, pakar onkologi pediatrik di Hospital Penyelidikan Kanak-Kanak St Jude.

Bekas pesakit kanser kanak-kanak masih berdepan penyakit jantung dan kanser kedua pada masa akan datang, tetapi peningkatan telah dibuat dengan menawarkan rawatan yang lebih diperhalusi dan kurang teruk daripada masa lalu, tambahnya.

“Kini, kami bukan hanya membantu lebih ramai kanak-kanak bertahan dari kanser awal mereka tetapi juga meluaskan jangka hayat keseluruhan dengan mengurangkan ketoksikan menyeluruh rawatan dalam era lebih moden.

Para penyelidik mendapati antara kanak-kanak yang hidup lima tahun selepas didiagnosis – mereka yang dikenal sebagai pesakit bertahan lima tahun – hanya enam peratus dijangka mati dalam tempoh 15 tahun.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan hampir satu perlima kanak-kanak penghidap kanser akan mati dalam tempoh 30 tahun akibat punca lain, seperti berulangnya kanser, masalah kesihatan berkaitan kanser dan lain-lain.

ARTIKEL YANG SAMA