Ubat penahan sakit berisiko kepada kegagalan jantung

Ubat penahan sakit berisiko kepada kegagalan jantung

PARIS, 30 Sept – Ubat penahan sakit yang digunakan secara meluas melalui preskripsi atau tidak, berisiko menerima rawatan hospital bagi masalah kegagalan jantung, menurut satu kajian yang dikeluarkan kelmarin.

Ubat yang dipersoalkan itu adalah NSAID atau ubat anti radang tanpa steroid, termasuklah beberapa ubat yang dikenali sebagai ubat penahan COX-2. Kebanyakannya adalah antara ubat yang sering digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan, dan sebilangannya diperkenalkan lebih sedekad lalu dengan pemeriksaan yang minimum.

Kaitan meluas penggunaan NSAIDs dan kegagalan jantung adalah kukuh, tetapi yang mana satu ubat yang memperlihatkan risiko terbesar dan dos apa, masih tidak begitu difahami.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Glovanni Corrao di Universiti MIlano-Bicocca telah menyelidik rekod-rekod perubatan kepada hampir 10 juta pengguna NSAID di empat buah negara Eropah iaitu Jerman, Britain, Belanda dan Itali.

Mereka telah mengenal pasti bahawa 92,163 orang yang menerima rawatan di hospital akibat kegagalan jantung dan kemudian meneliti mereka pada penggunaan terhadap 27 jenis dadah dan dosnya – – yang diambil pada setiap pesakit. Keseluruhannya, mereka mendapati penggunaan NSAID masa kini telah menaikkan risiko kemasukkan hospital berbanding penggunaan sembilan ubat pada masa lalu.

Ini termasuklah diclofenac, ibuprofen, indomethacin, ketorolac, naproxen, nimesulide dan piroxicam, berserta dengan dua penahan sakit COX 2, etoricoxib dan rofecoxib.

Pada dos yang sangat tinggi, sebilangannya menggandakan risiko kemasukkan ke hospital. Para penyelidik menekankan bahawa kajian itu adalah dalam pemerhatian, bermakna ia tidak diraih dari keadaan eksperimen terkawal dan justeru itu tidak membawa kesimpulan kukuh tentang punca dan kesannya. – AFP