UBD adakan larian persahabatan

UBD adakan larian persahabatan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Ukhuwah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Bersempena dengan Minggu Aspirasi Islam ke-6 (IAW), Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini telah mengadakan Larian Bagi Persahabatan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dekan pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Hitam yang antaranya berpeluang melepaskan barisan pelari yang menyertai acara yang berlangsung dan bermula di Bangunan Sains Bersepadu UBD.

Menurut Penganjur Kejohanan antara objektif majlis adalah untuk mengukuhkan persahabatan dalam kalangan pelajar Universiti Brunei Darussalam terutama bagi pengisian percutian Semester sesi pembelajaran 2015/2016.

Dalam larian berkenaan peserta diganding bertiga secara berkumpulan sama jantina dan peserta turut diberikan laluan yang berbeza dengan jarak 5 kilometer bagi lelaki dan 3 Kilometer bagi perempuan.

Antara yang menyertai acara berkenaan.
Antara yang menyertai acara berkenaan.