UBD adakan sesi perkongsian WSHO

UBD adakan sesi perkongsian WSHO

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Pejabat Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE), Universiti Brunei Darussalam (UBD), semalam, telah mengadakan taklimat dan sesi perkongsian mengenai Perintah dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja (WSHO) Brunei Darussalam.

Taklimat yang diadakan di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD itu telah dikendalikan oleh Pemeriksa Buruh Kanan, Jabatan Buruh, Awang Mohammad Noorfaizal bin Haji Osmena dan dihadiri oleh warga pengurusan kanan dan pegawai-pegawai utama. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, acara berkenaan bertujuan untuk berkongsi dan memberikan pengetahuan, pemahaman dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Selain itu, untuk menekankan kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai majikan atau pengurus bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sama, demi melindungi kesihatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar.

Sesi berkenaan dijalankan dalam bentuk kuliah, sesi perkongsian dan termasuk format soal jawab, manakala skopnya pula meliputi undang-undang dan peraturan sedia ada mengenai Perintah Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2009 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Sesi pertanyaan daripada salah seorang peserta yang menyertai taklimat tersebut.
Sesi pertanyaan daripada salah seorang peserta yang menyertai taklimat tersebut.
Awang Mohammad Noorfaizal ketika menyampaikan taklimat pada sesi perkongsian tersebut.
Awang Mohammad Noorfaizal ketika menyampaikan taklimat pada sesi perkongsian tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA