UBD Airnets juara bola jaring IPT

UBD Airnets juara bola jaring IPT

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2015 berlangsung sengit apabila hanya satu gol membezakan kedua-dua finalis yang memihak kepada UBD Airnets berjaya membenam ITB Plus 12-11.

Dalam kejohanan sehari anjuran Kelab Bola Jaring UBD itu, dua buah pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir iaitu UBD 2 dan UNISSAvengers telah memenangi tempat ketiga bersama.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan kemudiannya berkesudian untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Kegiatan Luar, Ketua Unit Kegiatan Luar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UBD, Mohd Ali Sabri bin Haji Abang.

Sejumlah 12 buah pasukan yang mewakili IPT tempatan telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Airport Lama, Berakas berkenaan.

Pasukan-pasukan itu ialah ITB Silver, Politeknik A, UBD Airnets, KUPU SB, Diversity UNISSA, SVNR, FE9S, Politeknik B, UBD 2, UNISSAvengers dan ITB Plus.

Antara tujuan kejohanan itu diadakan adalah sebagai persiapan kejohanan yang akan datang sama ada yang di dalam mahupun yang di luar negara, di samping untuk mengenalpasti pemain IPT berpotensi untuk diserapkan ke Pasukan Bola Jaring IPT. – Hasrulraizan

Mohd Ali Sabri (tengah) bersama UBD Airnets (hitam) dan naib juara, ITB Plus (biru).
Mohd Ali Sabri (tengah) bersama UBD Airnets (hitam) dan naib juara, ITB Plus (biru).

ARTIKEL YANG SAMA