UBD alu-alukan hampir 2,000 pelajar baru

UBD alu-alukan hampir 2,000 pelajar baru

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Bagi lebih 1,000 orang pelajar baru yang memasuki Universiti Brunei Darussalam (UBD), ia bukan sahaja merupakan satu pencapaian yang amat bagi mereka tetapi merupakan satu perjalanan ke peringkat kehidupan baru bagi mereka yang bakal menjadi laluan ke arah kehidupan dewasa mereka.

Oleh itu, Program Minggu Pelajar Baru merupakan program tahunan UBD bagi mengalu-alukan pelajar-pelajar baru UBD dan juga untuk memperkenalkan mereka kepada modul kursus serta membiasakan diri mereka kepada suasana pembelajaran di UBD.

Perkara itu dinyatakan oleh Dekan Pelajar, Awang Saidai Haji Hitam dalam kata alu-aluannya di Majlis Perasmian Minggu Pelajar Baru UBD bagi Pengambilan Ogos 2015 yang berlangsung di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan dan Naib Canselor UBD, Dato Paduka Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Awang Saidai dalam kata alu-aluannya lagi menyatakan harapan melalui program itu, para pelajar baru akan lebih bermotivasi di mana bukan sahaja mereka memperoleh maklumat yang diperlukan tetapi mendapat inspirasi daripada pengalaman yang dikongsi oleh pelajar-pelajar senior dan juga melalui ceramah khas yang diatur sepanjang program itu.

Awang Saidai menyampaikan kata alu-aluannya.
Awang Saidai menyampaikan kata alu-aluannya.

pg04_150728_g

Bagi pengambilan Ogos 2015 iaitu pengambilan pertama bagi semester satu tahun akademik 2015/2016, lebih 1,700 pelajar peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana termasuk 72 orang pelajar antarabangsa memulakan pengajian mereka di universiti berkenaan.

Bagi 2015 juga, seramai 781 orang pelajar telah diterima mengikuti program sarjana muda, 609 orang pelajar akan mengikuti program peringkat sarjana di mana 91 orang bagi ijazah kedoktoran dan 518 bagi ijazah sarjana. Manakala seramai 389 orang pelajar telah diterima mengikuti program Unibridge dan Bridging English Course (BEC).

Minggu Pelajar Baru memberikan peluang kepada para pelajar untuk membincangkan mengenai isu peralihan mereka ke peringkat universiti dan panduan-panduan bagi pendaftaran kursus dan modul kepada pelajar baru, di samping membolehkan mereka berkenalan dengan rakan-rakan baru, pensyarah serta ahli fakulti masing-masing.

Para pelajar baru UBD membaca ikrar di majlis berkenaan.
Para pelajar baru UBD membaca ikrar di majlis berkenaan.

pg04_150728_c

Nyanyian lagu Kebangsaan oleh pelajar-pelajar UBD.
Nyanyian lagu Kebangsaan oleh pelajar-pelajar UBD.
Para pelajar baru UBD yang menghadiri majlis berkenaan.
Para pelajar baru UBD yang menghadiri majlis berkenaan.

Di acara itu juga, para pelajar berpeluang untuk beramah-mesra dengan ahli-ahli fakulti, ketua program dan penyelaras kursus bagi mendedahkan mereka kepada pelbagai peluang yang ditawarkan di UBD.

Kegiatan-kegiatan minggu pelajar baru itu merangkumi sesi taklimat mengenai pendaftaran kursus, peperiksaan, peluang yang terdapat dalam tahun penemuan, kelab ko-kurikulum UBD dan penginapan kampus.

Para pelajar juga diberikan taklimat mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Dalam Talian UBD, yang membolehkan mereka untuk menghantar dan menerima dokumen-dokumen bagi kursus mereka serta pengurusan kursus-kursus mereka dalam talian.

Sebagai tambahan, lawatan kampus dan perpustakaan juga diadakan bagi mendedahkan mereka kepada kemudahan-kemudahan yang boleh membantu memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka di UBD.

ARTIKEL YANG SAMA