UBD anjur ibadah korban dan akikah

UBD anjur ibadah korban dan akikah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Akikah sempena sambutan Aidiladha bagi tahun 2016 Masihi bertempat di Dewan Serbaguna Hal Ehwal Pelajar UBD.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

Tahun ini, sebanyak empat ekor kerbau, dua ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada seramai 30 orang peserta korban dan warga UBD.

Naib Canselor UBD ketika mengagihkan daging korban kepada peserta yang menyertai ibadah tersebut.
Naib Canselor UBD ketika mengagihkan daging korban kepada peserta yang menyertai ibadah tersebut.

Majlis tersebut diadakan bertujuan bagi memuliakan dan meraikan Aidiladha dalam sama-sama merebut peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah dalam kalangan umat Islam warga universiti, penduduk sekitar serta masyarakat Islam luar kampus, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan warga UBD.

Majlis tersebut telah dilaksanakan sejak tahun 1994 dan diungkayahkan setiap menjelang musim haji dengan iltizam ke arah membesarkan Aidiladha bersama umat Islam di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA