UBD anjur kempen derma darah

UBD anjur kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan sokongan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan mengadakan Kempen Derma Darah sempena kemasukan mahasiswi/mahasiswa baru pengambilan 2015/2016 semasa Fresher’s Week.

Kempen berkenaan akan diadakan di Dewan Chancellor, pada 30 Julai, bermula 9 hingga 11 pagi dan disambung 2 hingga 4 petang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai serta warga UBD khususnya, adalah dialu-alukan untuk menderma darah dalam sama-sama menjayakan kempen derma darah pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 ext 5745/ 5709.

ARTIKEL YANG SAMA