UBD perlu sentiasa relevan, berkualiti menjana graduan ‘marketable’

UBD perlu sentiasa relevan, berkualiti menjana graduan ‘marketable’

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertitah menekankan adalah perlu bagi UBD dan institusi-institusi pengajian tinggi lain untuk memastikan program-program mereka sentiasa relevan dan berkualiti, bagi pengeluaran para graduan yang ‘marketable’ dan ‘future ready’.

Titah Baginda, ini termasuk kerjasama padu dengan ‘stakeholders’ yang relevan, seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia Kebangsaan yang baru ditubuhkan dan juga pelbagai industri untuk meningkatkan ‘employability’ para graduan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menekankan perkara tersebut pada Majlis Konvokesyen ke-28 UBD yang berlangsung di Dewan Canselor universiti berkenaan, di sini, kelmarin.

Menyentuh mengenai ‘employability’, Baginda sangat gembira mengetahui bahawa UBD telah merintis kerjasama dengan beberapa industri dari dalam dan luar negara.

“Pada pagi ini Beta difahamkan, terdapat pengeluaran pertama program Bachelor of Engineering bidang Chemical and Process Engineering hasil daripada salah satu kerjasama tersebut dan kesemua graduan yang berkenaan itu telah pun ditawarkan pekerjaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, serta Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-28 UBD yang berlangsung di Dewan Canselor universiti berkenaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia, serta Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-28 UBD yang berlangsung di Dewan Canselor universiti berkenaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

“Mengenai pekerjaan ini, faktor kelayakan pasti berbangkit. Faktor kelayakan yang dimaksudkan itu ialah pembelajaran sepanjang hayat atau ‘lifelong learning’.

“Beta difahamkan bahawa UBD telah mengambil inisiatif untuk menyediakan peluang pembelajaran secara fleksibel kepada masyarakat umum. Beta berharap itu semua akan dapat menyediakan akses yang lebih besar ke dalam pendidikan tinggi bagi semua rakyat dan penduduk tanpa perlu menangguhkan pekerjaan atau perniagaan mereka.”

Dalam hubungan itu, Baginda telah memperkenankan penubuhan ‘Centre for Lifelong Learning’ atau singkatannya C3L yang akan menjadi pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran peringkat tinggi, meliputi pendidikan berterusan dan profesional.

‘’Beta percaya laluan atau akses ke arah ini, akan memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negara dan ekonomi berteraskan pengetahuan atau ‘knowledge-based society and economy’,’’ titah baginda lagi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, menyentuh mengenai ekonomi, kita adalah tidak terlepas dari impak ekonomi global yang mencabar. Namun, kita tidak boleh berkompromi mengenai kepentingan pendidikan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-28 UBD pada sebelah petang.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-28 UBD pada sebelah petang.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Ijazah kepada salah salah seorang graduan.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Ijazah kepada salah salah seorang graduan.

Bagi pengajian tinggi jelas Baginda, penyelidikan dan penemuan ilmu pengetahuan atau ‘knowledge discovery’ adalah juga yang utama.”

Tegas Baginda, penyelidikan itu penting, untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama. Maka ke arah ini, Baginda sangat ingin melihat bagi UBD menghasilkan penyelidikannya.

Selain dari aspek kualiti pendidikan dan hasil penyelidikan, perancangan hala tuju universiti secara keseluruhan juga perlu mencapai sasarannya, UBD dan institusi-institusi pendidikan tinggi adalah mustahak untuk melibatkan diri dalam proses perancangan strategik, titah Baginda.

“Sebagaimana Beta difahamkan, pada tahun ini UBD telah pun memulakan inisiatif-inisiatif di bawah pelan strategik lima tahunnya dari 2016 ke tahun 2020 yang dinamakan ‘Towards 2020’, Baginda berharap inisiatif-inisiatif itu akan membawa UBD ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.”

Pada akhirnya, Baginda mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya, namun dalam pada itu mustahak juga diingat, bahawa setiap graduan adalah perlu untuk memupuk jati diri yang baik serta mengekalkan identiti ke Bruneian yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB).

Selain itu, Baginda juga menekankan supaya kejayaan yang dicapai tidaklah akan disia-siakan, tetapi hendaklah digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat para graduan.

Baginda juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UBD yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka.

Antara graduan-graduan yang menerima ijazah mereka di Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD.
Antara graduan-graduan yang menerima ijazah mereka di Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD.

‘’Semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaranNya yang berlipat ganda,’’ jelas baginda lagi.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titahnya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing di universiti berkenaan dan Baginda berharap dengan kejayaan itu, para graduan akan dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk terus memperoleh kejayaan dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut mengambil maklum bahawa pada tahun ini jumlah para graduan adalah paling besar sejak penubuhan UBD, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding jumlah graduan pada tahun lepas.

Ini termasuk bilangan tertinggi penerima Ijazah Kedoktoran, iaitu seramai 28 orang dan peningkatan bilangan di peringkat pengajian tinggi, tegas Baginda lagi adalah penting untuk menjana ‘knowledge-based economy’ dan daya saing negara.

Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD tahun ini menyaksikan seramai 1,477 graduan daripada kumpulan GenNext keempat telah berjaya menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tahun ini, pengeluaran graduan Ijazah Doktor Falsafah telah meningkat ke 28 orang penerima berbanding tahun lepas, iaitu hanya seramai 20 orang penerima.

Sementara itu, pada sebelah petang, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam, berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana kepada 481 graduan, Diploma Lanjutan kepada 13 graduan, manakala 62 graduan menerima diploma.

ARTIKEL YANG SAMA