UBD, PolyU kukuhkan kerjasama

UBD, PolyU kukuhkan kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian pertukaran pelajar dengan Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU) pada baru-baru ini bagi memformalkan kerjasama yang sedang berjalan antara kedua-dua universiti dan pertukaran pelajar universiti.

Mewakili UBD pada majlis penandatangan di PolyU, Hong Kong itu ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, sementara PolyU diwakili oleh Presidennya iaitu Profesor Timothy W Tong.

Perjanjian pertukaran pelajar antara kedua-dua buah universiti itu akan meluaskan lagi skop pergerakan pelajar pada perjanjian peringkat universiti yang mana perjanjian peringkat fakulti sebelumnya telah ditandatangani pada tahun 2015.

Ia akan membolehkan para pelajar UBD untuk menjalankan program pembelajaran mereka di luar negara di PolyU ketika tahun ke-3 mandatori mereka di luar universiti yang juga dikenali sebagai Discovery Year dan para pelajar PolyU akan menyertai program pergerakan di UBD.

Tahun lalu, tiga pelajar PolyU telah menjalani latihan di UBD di bawah Pelatih ASEAN bagi Pelajar-Pelajar Universiti Hong Kong manakala seorang pelajar dari UBD pada masa ini menghadiri Sekolah Musim Panas Antarabangsa PolyU 2016.

Semasa Majlis Penandatanganan MOU antara UBD dan PolyU yang diadakan di PolyU, Hong Kong.
Semasa Majlis Penandatanganan MOU antara UBD dan PolyU yang diadakan di PolyU, Hong Kong.

MoU antara UBD dan PolyU dan perjanjian pertukaran pelajar adalah perjanjian terbaru dalam siri-siri kerjasama yang aktif antara UBD dan universiti-universiti serta institusi-institusi seluruh dunia.

Dalam ranking Universiti Asian Quacquarelli Symonds (QS) 2016, UBD kini berada di tempat pertama di Asia bagi kriteria Pelajar Luar Negara dan di tempat ketiga bagi kriteria Pelajar Dalam Negara.

“Kami juga sedang membincangkan pengukuhan kerjasama penyelidikan bersama. Ini adalah penting bahawa UBD untuk sentiasa mencari peluang pembaharuan dan PolyU mempunyai ekosistem yang baik dari segi pembaharuan dan memperdagangkan penyelidikan mereka,” menurut Penolong Naib Canselor UBD bagi Hal Ehwal Sejagat, Dr. Joyce Teo Siew Yean, berhubung kerjasama UBD dengan PolyU.

PolyU Hong Kong adalah salah sebuah institusi tinggi yang komited untuk memainkan peranan penting dalam pendidikan lebih tinggi di Hong Kong dan universiti tersebut kini berada pada ranking 29 dalam Ranking Universiti Asia QS dan di tempat ke-6 dalam 50 Universiti Terkemuka di bawah 50 kategori QS, ranking universiti baru terkemuka di dunia.

Selain PolyU, UBD juga telah bekerjasama dengan universiti-universiti Hong Kong lain seperti Universiti Hong Kong, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Universiti Hong Kong China dan Universiti Bandar Raya Hong Kong.

ARTIKEL YANG SAMA