UBD rai pencapaian rangking QS

UBD rai pencapaian rangking QS

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi meraikan pencapaiannya yang terkini dalam Rangking Universiti Asia Quacquarelli Symonds (QS) 2015, yang berlangsung di Masjid UBD, hari ini.

Hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku Naib Canselor UBD, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, para pegawai utama, ahli akademik dan mahasiswa-mahasiswi UBD.

Menurut kenyataan UBD, melalui daftar kedudukan QS yang diterbitkan pada 10 Jun 2015, UBD telah berjaya memperbaiki kedudukan di tangga ke-118 berbanding tahun sebelumnya yang berada di kedudukan 171-180 pada tahun 2014.

UBD telah ditempatkan sebagai universiti teratas di Asia bagi mobiliti pelajar di dalam Rangking Universiti Asia QS 2015.

Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain (3 kiri) bersama warga UBD ketika mengadakan majlis kesyukuran.
Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain (3 kiri) bersama warga UBD ketika mengadakan majlis kesyukuran.

Kenyataan menambah, pencapaian signifikan dapat dilihat melalui kedudukan UBD kini di tempat pertama bagi pelajar outbound dan juga kedudukan ke-2 bagi pelajar inbound di Asia, berbanding tahun lepas apabila UBD berada di tangga ke-4 dan ke-11 di Asia bagi pertukaran pelajar inbound dan outbound.

Majlis kesyukuran berkenaan telah diselajurkan dengan bacaan tahlil arwah bagi keluarga pegawai/kakitangan dan juga mahasiswa UBD yang telah kembali ke rahmatullah.

ARTIKEL YANG SAMA