UBD sertai Fiesta Sukan UiTM

UBD sertai Fiesta Sukan UiTM

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan menyertai Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM Ke-10 di kampus UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia yang akan berlangsung dari 26 hingga 30 Ogos ini.

UBD hanya menyertai acara bola jaring dan menghantar skuad seramai 12 orang bersama empat pemain kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA ke-28 di Singapura.

Hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat jalan ialah para pegawai dari UBD, ahli keluarga dan rakan-rakan pemain serta Ketua Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam, Thilaka Jinadasa. Fiesta sukan tahunan anjuran UiTM itu akan turut mempertandingkan acara sukan seperti futsal, boling 10 pin, tenis, rugbi tujuh sebelah dan badminton.

Skuad 12 pemain bola jaring UBD bersama Thilaka sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM.
Skuad 12 pemain bola jaring UBD bersama Thilaka sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM.