UBD terima koleksi sumber bahan utama

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Izah Azahari

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah menerima koleksi sumber bahan utama termasuk salinan penghantaran kerajaan, kertas memorandum, minit, laporan dan buku koleksi-koleksi studi Brunei.

Hadir bagi menerima koleksi tersebut pada majlis yang berlangsung di Perpustakaan UBD ialah Penolong Naib Canselor UBD (Akademik), Profesor Madya Dr. Mohammad Ayub Sadiq @ Ling Naing selaku wakil dari UBD.

Koleksi-koleksi yang terdiri daripada rekod Pejabat Kolonial, rekod Pejabat Dominion dan Pejabat Komanwel berhubung dengan sejarah Brunei baru-baru ini, terutamanya penubuhan Perlembagaan Brunei dan proses pemerintahan sendiri yang diberikan kepada Brunei melalui rundingan dengan Pejabat Luar dan Komanwel British itu telah disampaikan oleh Dr. Haji Bachamiya Abdul Hussainmiya.

Sesetengah dokumen juga dikendalikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dokumen tersebut dikumpulkan oleh pasukan Pusat Sejarah Brunei yang disertai Dr. Haji Bachamiya yang mana sebahagiannya dari tahun 1992 hingga 1997 dari arkib di Britain, Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN. Pasukan itu juga menemui bahan dari sumber yang tidak diketahui dari Arkib Negara Brunei Darussalam.

Antara yang hadir semasa majlis penyerahan koleksi tersebut di Perpustakaan UBD, kelmarin.
Profesor Madya Dr. Mohammad Ayub Sadiq ketika menerima koleksi sumber bahan utama termasuk salinan penghantaran kerajaan, kertas memorandum, minit, laporan dan buku koleksi-koleksi studi Brunei.

Dr. Haji Bachamiya merupakan bekas ahli akademik di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), UBD dari tahun 1988 hingga awal 2016.

Beliau menulis tentang sejarah Brunei yang mana beliau telah menulis beberapa buku seperti biografi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1995 dengan tambahan artikel penyelidikan. Tulisan-tulisan ini dihasilkan dengan sokongan UBD untuk penyelidikan dan pengajaran.

Pelajar dan penyelidik Brunei akan meletakkan koleksi sejarah Brunei di perpustakaan utama UBD untuk kegunaan umum.

UBD berharap dapat menerima lebih banyak koleksi sedemikian untuk penyelidikan daripada para dermawan dan para ulama yang berjaya.