UBD, WI turut menyumbang

UBD, WI turut menyumbang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Julai – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Daerah Belait telah menyampaikan sumbangan masing-masing sejumlah $875 dan $1,000 kepada Tabung Anak-Anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait di sini.

Sumbangan UBD telah diserahkan oleh Pemangku Bendahari UBD, Awang Muhammad Khairul Anwar bin Haji Shahari, manakala itu, sumbangan daripada WI Daerah Belait telah disampaikan oleh Pengelola Pertubuhan, Hajah Halimah binti Abdul Latif.

Kedua-dua sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman di Pejabat Daerah Belait di sini. Dengan adanya sumbangan seperti ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Lebaran.

p09-3_20160705 p09-4_20160705

ARTIKEL YANG SAMA