Uber kena lagi

Uber kena lagi

BANDUNG, Indonesia, 11 Sept (AFP) – Uber mendapat tamparan terbaru apabila pihak berkuasa di kota Bandung, Indonesia bersama kerajaan tempatan mengharamkan aplikasi teksi kontroversi dalam siri rintangan terbaru syarikat itu pada peringkat antarabangsa.

Hanya tiga bulan selepas dilancarkan di Bandung yang sibuk dan terkenal dengan kepakaran IT, kira-kira 160 kilometer (100 batu) dari Jakarta, perkhidmatan popular itu telah diberitahu tidak mempunyai permit yang betul dan tidak boleh beroperasi.

Ini bukan kali pertama Uber bertempur dengan pihak berkuasa di Indonesia, di mana organisasi pengangkutan tempatan dan pemandu teksi tradisional membantah apa yang mereka dakwa sebagai industri yang tidak terkawal.

Bulan lepas, 18 kenderaan milik pemandu Uber telah ditahan di Jakarta dengan batuk bandar mengisytiharkan teksi aplikasi yang berpangkalan di Amerika itu sebagai haram.

Pengharaman terbaru untuk teksi Uber di Bandung, Indonesia merupakan tamparan terbaru kepada perkhidmatan aplikasi pengangkutan itu. – Reuters
Pengharaman terbaru untuk teksi Uber di Bandung, Indonesia merupakan tamparan terbaru kepada perkhidmatan aplikasi pengangkutan itu. – Reuters

Uber mendakwa ia mengikuti peraturan di Bandung seperti di tempat lain dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penumpang mahu pun pemandunya setakat ini.

Walaupun menghadapi tentangan, Uber masih merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat pelaburan asing di Indonesia dan mempunyai pejabat perwakilan di Jakarta.

Perkhidmatan berasaskan telefon pintar itu telah mencetuskan protes marah di seluruh dunia, dengan beberapa persatuan teksi mengambil tindakan undang-undang sementara yang lain telah menuntut agar pengendali dan eksekutif Uber ditahan.

Ramai pemandu teksi tradisional mendakwa Uber menimbulkan persaingan yang tidak adil dengan melanggar peraturan dan sekatan yang dikenakan ke atas kenderaan mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA