Uber kumpul $1.2 bilion kembang cawangan

Uber kumpul $1.2 bilion kembang cawangan

SAN FRANCISCO, 8 Sept – Uber – aplikasi berdasarkan perkhidmatan kereta telah berjaya mengumpulkan $1.2 bilion untuk mengembangkan Uber China, menurut sumber dekat dengan usaha itu.

Pusingan penubuhan tabung belum lagi selesai dan ratusan juta lagi diperlukan untuk tambahan, menurut sumber itu.

Sumber berkenaan mengesahkan laporan media Amerika Syarikat (AS) yang syarikat gergasi pencari Internet China, Baidu mengambil bahagian dalam pusingan berkenaan.

Baidu sudah lama menjadi pelabur Uber sejak tahun lepas, pada Disember ia mengatakan ia telah membuat pelaburan strategik sekitar $600 juta dalam syarikat Amerika.

Uber telah mengekalkan satu pelan pengembangan antarabangsa meskipun persaingan sengit di beberapa negara daripada pengawal atur dan beberapa kewujudan industri teksi.

Uber yang berpangkalan di San Francisco mengatakan ia beroperasi di sekitar 250 bandar dan 58 buah negara.

Aplikasinya yang menggunakan alat pengesan geolocator itu, membolehkan pengguna untuk berhubung terus dengan pemandu dan perkhidmatan teksi tradisional yang sedang melintasi kawasan tersebut.

Meskipun pertumbuhan menakjubkan, Uber – yang sudah mencecah nilainya sebanyak $50 bilion telah berdepan masalah di beberapa buah negara.

Syarikat itu bercadang untuk menangguhkan perkhidmatan kos rendahnya di Perancis selepas mogok teksi seluruh negara dalam membantah ke atas Uber bertukar menjadi ganas.

Didi Kuaidi, pesaing utama Uber dalam pasaran pengangkutan China, hampir meraih sekitar $3 bilion daripada pelabur, lapor Bloomberg. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA